#Tidak pernah mengakui sedang bercinta dan hanya selesa sebagai kawan, Zul Ariffin dan Zahirah Macwilson bagaimanapun sering kelihatan cukup mesra bersama dan menghadiri mana-mana majlis hiburan berdua.
Walaubagaimanapun, terbaru sebuah foto pasangan ini berpegangan tangan ketika keluar makan bersama di telah tersebar di media sosial dan ia cukup menarik perhatian ramai.
#Adakah mereka ini benar-benar bercinta tetapi ingin menyembunyikan perkara tersebut? Jika mereka bercinta, apa sudah jadi dengan hubungan Zul dan Gayatri? Penuh persoalan bermain di minda peminat.
#Erm..kalau betul ini sekadar khabar angin Zul Ariffin dan Zahirah Macwilson perlu tampil untuk menjelaskan perkara sebenar. Sebelum mendengar apa-apa penjelasan lanjut daripada mereka, kita fikir positif sahaja mungkin Zahirah tidak sengaja pegang tangan Zul kot, mana lah tahu kan?