#Jika sebelum ini kebanyakan jenaka berkaitan Abam Bocey pastinya berkaitan dgn fizikalnya, nampaknya perkara tersebut sedikit sebanyak memberi kesan terhadapnya pula di saat ini....
#“Bila peminat menggunakan fizikal saya sebagai bahan jenaka, sudah pasti saya sedikit kecil hati. Apabila meminta bergambar bersama, mereka mengatakan kamera terlalu kecil sehingga tidak muat bagi saya yg bersaiz besar”....
#“Walaupun kerjaya sebagai pelawak & biasa dgn gurauan, tetapi saya masih ada hati & perasaan,” jelas Abam kepada portal Media Hiburan. Bagaimanapun, Abam tidak pernah merasa malu dgn fizikalnya kerana beranggapan tubuh badannya yg besar itu tlh membantu memberi rezeki.....
#Mungkin juga ini merupakan masa yg sesuai utk Abam memberi inspirasi utk orang ramai jika dia mampu utk berubah. Tidak ada sesuatu yg lucu pun dlm memperlekehkan fizikal org lain kerana yg tanggung adalah hati tuan badan sendiri....